LENCANA SEKOLAH






SIMBOL :
Bumbung berbentuk Minangkabau
- Melambangkan sekolah terletak di dalam sebuah negeri yang mengamalkan budaya “adat perpatih”

Komputer
- Melambangkan perkembangan teknologi maklumat yang seharusnya dikuasai oleh guru-guru dan murid sekolah ini selaras dengan perkembangan dunia semasa

Kitab yang terletak di atas rehal
- Melambangkan sumber keilmuan yang tidak harus diketepikan untuk pembangunan insaniah sebenar

5 anak panah berwarna kuning menunjuk ke atas

- Melambangkan 5 prinsip rukunegara yang mesti dihayati oleh setiap murid di samping sentiasa menumpukan ketaatan kepada yang maha esa

Roda kemahiran yang dilingkari nukleus (CYBERNATIC)
- Melambangkan kemahiran yang tinggi mesti dicapai dengan menggabungkan kemahiran fizikal dan kemajuan dalam bidang sains untuk menghasilkan murid yang berinovasi dan berintelek

WARNA :
Kuning
- Melambangkan kedaulatan pemerintahan beradat di negeri ini

Biru
- Melambangkan keluhuran dan ketulusan sekolah dalam mendidik murid kea rah matlamat yang diingini selaras Falsafah Pendidikan Negara

Merah
- Melambangkan kegigihan para guru di sekolah yang menghadapi cabaran pendidikan dalam mendidik anak bangsa