Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.
Dalam era globalisasi ini, ditambah dengan bahang kepesatan di bidang pendidikan yang pelbagai, menuntut kita sebagai pendidik untuk lebih peka dan menguasai teknologi dan pengetahuan baharu sesuai dengan perkembangan semasa. Selari dengan pengiktirafan SMK Serting Hilir Kompleks sebagai Sekolah Transformasi, maka kita perlu memastikan peningkatan band ke arah yang lebih baik. Dalam hal ini pihak sekolah komited melaksanakan transformasi melalui pelbagai program. Maka saya sangat berharap guru-guru dan warga SMK Serting Hilir Kompleks bersedia berubah dan berfikiran positif dalam melaksanakan segala tugas yang diamanahkan.
Kejujuran dan keikhlasan menjadi tunjang kepada guru-guru
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam suasana ceria dan gembira,
sehingga menimbulkan keseronokan murid-murid untuk menimba ilmu pengetahuan dan
menganggap sekolah sebagai rumah kedua mereka. Saya percaya, kita semua mempunyai
peranan dalam membentuk dan melahirkan murid yang cemerlang dan seimbang
terutama dari segi pembangunan sahsiah, tingkah laku, insan bertakwa dan
berbudi pekerti mulia. Sejajar dengan era gelombang kedua PPPM semua guru
sewajarnya sentiasa membuat perubahan yang positif mengikut kehendak Sistem
Pendidikan Negara hari ini.
Saya berdoa dan sangat yakin, segala inspirasi murni ini dapat direalisasikan
dengan adanya amalan sifat-sifat bertanggungjawab, jujur, ikhlas, amanah dan
sabar, yang tertanam dalam sanubari setiap pendidik warga SMK Serting Hilir
Kompleks.Insya’Allah.
Sekian terima kasih,
Selamat Bertugas Unutk Sesi 2018
Zainab Binti Samsuddin
Pengetua SMKSHK
Sekian terima kasih,
Selamat Bertugas Unutk Sesi 2018
Zainab Binti Samsuddin
Pengetua SMKSHK